All About

Good Food


Assalamu'alaikum warahmatullah pada semua yang masih sudi singgah disini.
Agak lama tak masuk kesini, biasa lah sibuk dengan tugasan harian
Pernah terfikir nak biarkan berhabuk je blog ni.
Tapi bila fikir-fikir walaupun kaknoor tak update masih lagi ada yang datang
Untuk merujuk resepi macam sayang jugak nak biarkan berhabuk..
Tengoklah sampai mana termampu nak update resepi kat sini
Terimakasih pada yang selalu singgah atau sekadar lalu je hehee
Rasa di hargai jugak bila ada yang selalu singgah disini..



Apam Nasi Perisa Keladi

Bahan nya
1 cawan nasi sejuk kaknoor guna lebihan nasi kerabu biru
3/4 cawan gula pasir
1 1/4 cawan air
1 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 camca teh instant yeast
Kelapa parut putih dan secubit garam yang digaul rata

 
Cara nya
Satukan tepung gandum, tepung beras dan instant yeast.
Kacau rata dan ketepikan. Kisar nasi sejuk bersama air dan gula pasir dalam blender hingga halus.

Disini kaknoor campur 1 -2 sudu kecil paste keladi kedalam blender untuk dapatkan wangi keladi dan warna purple yang cantik tu, kalau nak lebih terang purple nya boleh lah tambah paste tu..

Kemudian tuang dalam bekas berisi tepung tadi. Kacau rata dengan whisk hingga rata dan licin dan tidak berketul.
Perap lebihkurang 3 jam atau bila adunan dah naik macam berawan
Panaskan kukusan, sapu acuan apam dengan sedikit minyak. Kacau bancuhan apam.
Sudukan dalam acuan hingga hampir penuh, buat hingga siap.
Kukus dengan api kuat selama 15 ke 20 minit
Bila masak, keluarkan apam dari acuan dan boleh hidangkan bersama kelapa parut putih.




Alhamdulillah apam ni disamping cantik dengan warna purple yang lembut tu jugak wangi dengan keladi bergabung nasi tu, Maa Shaa Allah memang sedap, tak percaya boleh try..



Digandingkan dengan Kopi Tenom ke, Kopi Mineral ke menang lazat sangat..







Yang heran nya hanya beberapa biji je yang dalam pinggan hitam depan tu yang mekar, yang lain tu alahai ada yang senget sana sini, tak tau lah apa punca masaalah nya, tapi walaupun tak semekar mana rasa nya memang mantap..





Assalamua’laikum warahmatullah dan salam petang jumaat, terimakasih pada adik / anak/ sahabat yang masih setia singgah di blog kaknoor, tiada resepi hari ni cuma sedikit motivasi dan rasa hati untuk dikongsi bersama, yang baik itu dari Allah dan yang sebaliknya dari kelemahan tuan punya blog, maafkan ya...









Selamat petang dan happy weekend untuk semua nya
Semoga kita  didalam rahmat  kasih sayang Allah hendaknya
Allahumma Aamiin..



Assalamua'laikum warahmatullah untuk semua pengunjung setia blog kaknoor
Alhamdulillah masih ramai yang datang merujuk resepi kat sini
Baru ni kak Noor just check kat Top Blogs di myTaste no bad lah 
Pengunjung yang datang 1K plus untuk seminggu kira oklah tu kan
Taklah boleh lawan blog yang hebat kan yang berpuluh K seminggu
Blog orang kampong gini lah bersyukur apa ada nya saja
ALHAMDULILLAH rezeki ALLAH setakat itu je..


Baru ni kaknoor beli sambal bilis rangup ni kat satu tempat, memang nampak macam teringin sebab tulis kat luar bekas tu sambal goreng bilis rangup, bila dah makan memang sedap dan biasa lah bila beli tu sedikit tak cukup lah pulak, jadi anak-anak suruh mama nya buat sebijik macam yang beli, mama nya ni pun suka jugak mencuba jadi try lah gitu gini, agak agak je buat macam resepi kat atas, ALHAMDULILLAH anak-anak cakap sebijik macam yang beli hehe, boleh lah tu kan, boleh jual kot kan hahaha...

Siapa yang rajin membuat boleh lah try resepi ni tapi kena sabar sikit lah lama kat dapur tu ok..yang nak try sambal kaknoor boleh secret pm / wa kaknoor 8739160 ok..





BAHANNYA
3 sudu cili kering kisar
1 cawan ikan bilis
2 labu bawang besar hiris kecil
3 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
Sedikit tepung beras
sedikit air asam jawa
garam dan gula merah secukupnya
 Minyak untuk menggoreng secukupnya
Kalau nak lebih pedas boleh tambah cili flakes


CARA NYA
1.  Ikan bilis di cuci bersih dan toskan, kemudian gaulkan dengan sedikit tepung beras.
2.  Bawang besar yang telah di hiris di gaul jugak dengan tepung beras.
3.  Panaskan minyak secukupnya dan gorenglah bawang besar dan bilis.
4.  Gorenglah sehingga garing dan rangup kedua nya dan tos kan.
Pastikan goreng satu-satu tau samaada bilis dulu atas bawang dulu, jangan masuk kedua nya sekali takut tak rangup pulak jadi nya nanti.
5.  Dalam kuali lain masukkan dalam dua tiga sudu minyak bekas gorengan bilis tadi.
6.  Tumislah bahan tumbuk sehingga wangi dan kekuningan.
7.  Masukkan lah cili kering kisar, air asam jawa, garam dan gula merah
8.  Masaklah sehingga pecah minyak dan agak kering.
Masa ni memang agak lama lah didapur sebab api pun tak boleh kuat sangat ok.
9.  Bila sambal dah agak kering dan cukup rasa tutup api.
10.  Akhirnya gaul lah dengan bilis dan bawang besar, kalau kurang pedas boleh tambah ciliflakes kasi berpeluh sikit bila makan.




Masa ni sambal pun dah licin, sebab kalau buat memang sekejab habis, memang sedap lah pada tekak kaknoor, boleh makan dengan nasi goreng ke, mee goreng ke, atau nak buat makan dengan nasi lemak pun ok, untuk travel memang best ni sebab ia nya kering senang nak bawa..



Assalamua'laikum warahmatullah dan salam sejahtera pada semua yang sudi singgah
Diblog kaknoor yang tak seberapa ni, mood kadang-kadang HILANG!!!
ALHAMDULILLAH siapa lah kita untuk menidakkan apa yang terjadi..
ALLAH lebih tahu segala nya apa yang di berikan pada setiap makhloknya..

Hari ni Kaknoor sekali lagi nak kongsikan resepi ulangtayang, tapi memang kegemaran seisi rumah sebab rasa nya masam-masam manis macam kehidupan seharian kita jugak, ada kalanya masam, ada kalanya manis dan suka gumbira kan!! Kali ni takde ikan tongkol jadi KakNoor guna ikan sebelah 
(tak tau lah ada yang faham ke tak) ikan sebelah tu, yang sebelah hitam dan sebelah nya putih tu hehe


 Kalau takde ikan tongkol boleh lah guna ikan lain yang sesuai lah, ikan merah pun boleh jugak, disini kaknoor guna ikan sebelah sebab ikan tu je yang ada stok dalam frezer..


Ikan Tongkol Masak Cuka dengan Kacang Panjang
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit dan digoreng
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.

 Kebetulan dah banyak sangat cili scotch bonnet jadi kaknoor letakkan je cili tu dua tiga biji, nak lebih pedas boleh lah gigit pada yang mampu..




Masakkan ikan cuka ni eloknya kita masak sehari awal, supaya lebih mesra dan sebati segala bahan dalam masakkan ni, untuk makan esuk, kita masak hari ni, tapi kalau dah tak sempat nak makan on the spot pun oklah kan, janji happy..



Kaknoor memang suka sangat dengan masakkan yang macam ni, apa lagi kalau letak kacang panjang, meratah semangkok pun tak terasa, mungkin selera veteren kot suka yang masam-macam macam ni, sapa geng dengan kaknoor suka ni? Cepat angkat tangan haha...




Scotch Bonnet ni di petik dua minggu lepas, selepas bercuti, Maa Shaa Allah makin banyak merahnya macam gambar di bawah ni, Subhanallah rezeki Allah ALHAMDULILLAH..



Masih banyak dalam petiais kalau ada yang nak boleh lah calling kaknoor nak bagi je, siapa cepat dia dapat lah hehe..



 Assalamua'laikum warahmatullah pada semua adik-adik blogger yang Kak Noor hormati
Dengan izin Allah hari ni dapat lah memasuki ruang yang dah lama sangat tak singgah ni.
Memang dah tebal habuk nya ni kan. tapi dek kekangan masa yang terhad terpaksa akur lah..
Alhamdulillah masih lagi dapat berkongsi sedikit ilmu yang tak seberapa pun ni..
Ya lah bercuti panjang dengan badan yang kurang sihat menjadikan lebih malas untuk mengupdate
Alhamdulillah hari ni mood sudah mari untuk menulis resepi yang simple untuk kudapan di musim yang hanya datang setahun sekali ni..




Biasa nya di musim Tahun Baru China baru timbul Ubi Arrowhead//Ngaku//Sengkuang China ni, kalau tidak memang susah kita nak jumpa, lepas balik bercuti baru ni kaknoor ke supermarket dan terpandangkan Arrowhead ni, terus terlintas nak buat keropok, mungkin jugak masa tu sedang lapar hehe, sikit je pun beli dalam 10 biji sebab memang belum ada mood sangat nak memasak, sekadar nak melepas rasa teringin je..



Untuk yang nak membuat keropok selepas ni boleh lah refer resepi kaknoor di bawah ni ya, memang sedap lah pada yang suka tu sebagai jajan, lagipun ia nya asli kita yang membuatnya kan, takde campur bahan-bahan lain yang kita tau halal haram nya, kali ni kaknoor gaulkan dengan tepung jagung kering tu je pada Arrowhead ni selepas di potong sebab nak kan lebih rangup..

 BAHAN NYA
1 kg ngaku atau arrowhead
sedikit garam, bawang putih dan cili flakes
sedikit kacang goreng dan ikan bilis goreng *optional
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1. Kupas ngaku, cuci dan tos kan sekejab.
2. Sagat dan gaulkan dengan bawang putih, garam dan cili flakes.
3. Goreng dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
4. Tos kan, biarkan sejuk dan gaulkan dengan ikan bilis dan kacang goreng.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.


Pada yang belum merasa, rasa nya ngaku ni lebih manis dari ubi kentang, lebih sedap dan lebih krup krap, menjelang  chinese new year SAHAJA yang timbul buah ubi ngaku ni, kalau ada yang teringin boleh mencari ngaku di pasaraya dan buat sendiri  ya..




Kebetulan dah ada badam dan kacang kuda boleh lah gandingkan dengan kerepek ni, dan kita dapat variasi rasa disini kan..




Sedikit tips :-
Kalau lepas di goreng tu, kita masukkan dalam bekas kedap udara untuk sehari dua, tiba-tiba bila nak makan kerepek kita dah tak serangup macam first time kita goreng, jangan panik pulak, panaskan oven dengan suhu yang sederhana, kalau oven kaknoor, kaknoor set kan 100'C untuk api atas dan bawah, panaskan dalam 10 minit kemudian masukkan lah kerepek ni dalam tray, kemudian masukkan dalam oven 5-7 minit, kemudian keluarkan, IN SHAA ALLAH kerepek ni akan rangup semula dan tak kan lembek lagi IN SHAA ALLAH

 

 Kalau dah makan kerepek ni tak sedar habis sebalang ni, ditambah lagi dengan coklat dan segala macam kat kiri kanan tu mesti dah tak nak makan nasik lagi lepas jajan ni..



Ini lah dia Arrowhead atau Ngaku atau Sengkuang China, macam-macam nama benda ni, tapi rasa nya tetap sama dan semesti nya sedap..

SELAMAT MENCUBA PADA YANG BELUM PERNAH CUBA OK..



ASSALAMUALAIKUM 
Salam jumaat pada semua nya.
ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH dapat lah bersiaran hari ni
RASA NYA resepi hari ni adalah yang terakhir untuk tahun 2017 kot
Tak lama lagi kita dah nak masuk tahun 2018
Umur dah semakin banyak, amalan terasa macam kurang je kan
Semoga ALLAH kurniakan kesihatan yang berpanjangan 
Supaya dapatlah berbuat sedikit amalan yang mana ketinggalan zaman dulu-dulu tu kan...
ALLAHUMMA AAMIIN..




Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi muffin mudah je pun asalkan ada pisang dan nutella
Sebab bahan lain rasa nya memang dah sentiasa ada kat rumah kan!!
Lebihan pisang ni sebenarnya, dah buat cucur pisang cheese segala tapi belum jugak habis nya
Cari punya cari punya cari terjumpa resepi ni kat Pinterest macam senang jugak
Jadi kaknoor try lah dan Alhamdulillah memang sedap..
Boleh lah cuba pada yang suka muffin ok..






BAHANNYA
2cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
4 biji pisang sederhana besar di kisar
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan gula perang
1 biji telur A
1/4 cawan minyak sayur
2 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan kacang pecans
Nutella
*kacang pecans kaknoor ganti dengan chocolate chips

CARA NYA
Panaskan oven 350'F atau lebihkurang 160'C atau ikut kepanasan oven masing-masing.
Dalam mangkok sederhana ayak tepung, baking soda, baking powder dan garam, kacau rata dan ketepikan.
Dalam bekas lain, masukkan pisang, gula putih dan perang,telur, minyak dan esen vanilla, putar perlahan dengan mixer dan kemudian masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sehingga habis campuiran tepung.
Masukkan pecans atau chocolate chips, kacau sehingga sebati.
Sediakan muffin tin, sapukan sedikit planta atau mentega atau boleh jugak gunakan cup kertas.
Sudukan 3/4 saja dalam setiap muffin tins tu..
Kemudian sudukan 1 sudu kecil nutella di atas nya, dan lorek lah dengan menggunakan toothpick.
Buatlah ikut kreativiti sendiri ya nak lorek macamana pun asalkan cantik hehe..
Bakarlah didalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 15-17 minit sehingga bila kita masukkan toothpick ia nya tak melekat dan bersih.
Bila dah masak boleh lah di keluarkan dari oven dan di hidangkan..




Dalam rumah kaknoor ada yang tak suka kekacang jadi terpaksa lah guna chocolate chip sebab nak bagi semua nya dapat makan, tukang masak sebenarnya memang HANTU KACANG tapi kena lah berkorban sesekali kan!!




CLOSE UP sikit nak bagi terliur siapa yang memandang tu hehee
Dan supaya jadi rajin membuat nya hehe..



Memang tak menghampakan rasa muffins ni, lembut dan berchocolate, kalau letakkan kekacang rasa nya memang lebih terangkat lagi ni, suatu hari In Shaa Allah kaknoor nak try yang letak kekacang pulak, ini khusus untuk tukang masak SAHAJA dan siapa saja pencinta KEKACANG..

SELAMAT MENCUBA YA



Assalamua'laikum warahmatullah
Alhamdulillah malam ni bekesempatan berada di ruangan ini
Sebenarnya Masak Tempoyak Petai dah lama masak
Dah habis pun makan dan buang hehee
Cuma masa tak mengizinkan untuk update masa buat tu
Tapi kali ni agak ringkas sebab kak Noor masak tak lengkap sangat macam dalam resepi tu
Kak Noor hanya menggunakan Pucuk Ubi dan Petai sahaja, yang lain tu takde hehe
Tapi masih sedap di gandingkan dengan lebihan nasi biryani tu..





BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..




Resepi asal memang agak banyak menggunakan bahan, tetapi kalau tetiba teringin nak makan tapi bahan tak cukup, hati meronta nak jugak, jadi apa yang ada lah kaknoor masukkan, pandai-pandai kurangkan lah bahan tumbuk nya tu ya..




Kali ni Kak Noor hanya menggunakan pucuk ubi dan petai  sahaja sebab dah nampak macam sedap bila di gandingkan dengan lebihan nasi biryani jugak homemade tau..




Kalau ada yang tak suka petai boleh saja lupakan ya
Just letak pucuk ubi atau daun-daun fav sendiri..
Tapi jangan lupa cilipadi ya baru kick sikit




Ini selera orang veteren lah, orang muda mungkin tak pandang benda macam ni
Orang veteren dah jemu makan ayam daging dan sewaktu dengan nya
Jadi bila makan daun-daun macam ni memang terlebih sedap rasa nya...



Assalamua'laikum warahmatullah untuk yang selalu singgah di blog ni
Jutaan terimakasih kaknoor ucapkan pada mereka yang tak jemu-jemu berkunjung kesini
Alhamdulillah semalam 8 Disember 2017 kaknoor menerima jemputan dari Pusat Belia
Untuk membuat demo masakkan untuk para belia disini.
Alhamdulillah semua nya berjalan lancar walaupun mula nya agak gugup dan segan hehe
Al Maklum lah bukan tugas kaknoor bercakap dengan pelajar macam tu
Biasa memasak didapur  tak payah pun bercakap dengan periuk pinggan segala
Ini tetiba kena suruh  bercakap memang lah agak segan kan..
Tapi dengan sokongan anak-anak Alhamdulillah semuanya beres..
Biarlah gambar di bawah ni menceritakan segala nya ya..


Tukang masak yang sedang gugup tu membaca resepi karipap


Tak senang berdiri duduk lagi makcik tu hehee
Ni sebelum sessi demo sementara menunggu peserta semua hadir

Anakanda yang bertudung putih tu yang mempelawa kaknoor untuk membuat demo ni, terimakasih Fizah sekurangnya aunty ada pengalaman sikit, sorry segala kekurangan aunty ok..


 Terimakasih untuk anakanda Maisarah yang menemani mama semasam sessi demo tu
kalau tak segan jugak kan sorang-sorang kat depan tu..


 Sedang tekun membuat doh karipap makcik tu..









 Anakanda kaknoor yang datang memberi sokongan moral hehee


 Perserta turut sama menggulung dan menggelak karipap


 Anak-anak belia yang bersemangat sekali membuat karipap pusing, tapi normal lah kalau pertama kali mencuba karipap kurang cantik, IN Shaa Allah kalau selalu praktis pasti menjadi, jangan putus asa ya anak-anak aunty semua..




Alhamdulillah 2 biji ni je yang kaknoor buat, yang lain semua nya anak-anak belia yang buat, Alhamdulillah ada yang boleh tahan jugak menjadi nya, dan ada jugak yang sebalik nya, tapi takpe first time kan, mana ada orang belajar sekali terus pandai kan!!!


Setiap peserta akan dapat salinan resepi Karipap Pusing Kak Noor


 Alhamdulillah tiga kumpulan terbaik membuat karipap yang cantik dan kemas akan mendapat buku Resepi Blogger kaknoor, tapi yang tak dapat tu boleh je beli Popular di Malaysia ya, samaada di Miri ke KL ke atau dimana saja kedai Popular In Shaa Allah ada buku tu ok..


 Macam perempuan je bertekun tekun ni kan...


 Apa pun tahniah yang telah berjaya ya, yang tak berjaya cuba lagi mana tau next time kena panggil demo lagi Practice Makes Perfect kan, cuba dan cuba lagi..


Alhamdulillah sessi bergambar ramai dengan para peserta dan AJK Pusat Belia
Maaf segala kekurangan aunty ok,..
Sesungguhnya yang nama nya Insan tu memang tidak pernah sempurna kecuali 
ALLAH YANG MAHA ESA
Previous PostOlder Posts Home